PEMAIN badminton profesional negara, Lee Zii Jia akhirnya membuka mulut kenapa dia pernah menyiarkan hantaran-hantaran misteri di media sosialnya.
Dia mendedahkan yang gambar berunsur misteri itu memberikan isyarat yang Zii Jia sedang berdepan isu kemurungan akibat kecederaan yang dialaminya sebelum ini.
Zii Jia mengalami kecederaan semasa Jelajah Dunia Akhir pada Disember 2024 yang memaksanya terlepas kesemua pertandingan Jelajah Dunia BWF musim ini.





