Sukan

Zamir Azman ‘tinggalkan’ kembar, perbaharui rekod 100m raih pingat emas Sukan SEA Pekak 2025

PELARI pecut 100 meter (m) pekak kebangsaan, Zamir Azman secara rasmi diangkat sebagai Raja Pecut Pekak Asia Tenggara selepas menjuarai acara tersebut dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) Pekak 2025 di Jakarta, Indonesia.

Dalam perlumbaan yang berlangsung pada Jumaat, atlet berusia 20 tahun itu hanya memerlukan 11.06 saat (s) untuk menamatkan larian, sekali gus memadam rekod milik Nur Shahdan (11.12s) yang dicatatkan pada 2022.

Catatan tersebut menyaksikan Zamir meraih pingat emas sementara perak milik Hazrul Shah Hamri (11.09s) sementara kembar kepada Zamir, Zumar Azman membawa pulang gangsa.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh