SELEPAS tidak berdepan masalah di peringkat domestik musim lalu, JDT melakukan persiapan lebih baik kali ini apabila membawa masuk bintang-bintang besar terutamanya dalam kalangan import.
Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengumumkan Francisco Geraldes dan Murilo Henrique antara bintang import yang dibawa masuk bagi menghadapi saingan musim 2024/25.
Pastinya, kehadiran bintang-bintang ke kelab Harimau Selatan itu dijangka berpotensi untuk memantapkan benteng pertahanan dan serangan skuad kendalian Hector Bidoglio.







