PENGARAH Teknikal Imigresen FC, Datuk Zainal Abidin Hassan mengesahkan pasukannya belum bersedia untuk beraksi di saingan Liga Super musim 2024.
Ia membawa maksud Imigresen telah pun terkeluar daripada tiga calon yang ditawarkan Malaysia Football League (MFL) bagi mengisi slot tunggal dari Liga M3 ke Liga Super, lapor Stadium Astro.
“Kami telah membuat kajian. Hasrat dan kudrat pasukan masih lagi tidak berupaya bersaing di pentas Liga Super.






