TINDAKAN seorang YouTuber, Max Fosh yang memberi kad Uno ‘reverse‘ kepada pengadil semasa perlawanan bola sepak amal Sidemen FC pada Sabtu mencuri tumpuan penyokong bola sepak dan disifatkan sebagai perkara mencuit hati yang pernah berlaku di padang.
Dalam rakaman video tersebut, pengadil Liga Perdana dan FIFA, Mark Clattenburg dan pempengaruh YouTube, Max Fosh mencuri tumpuan penyokong di Stadium London apabila Fosh yang beraksi untuk YouTube All Stars membuat terjahan ke atas pemain Sideman FC, Simon Minter.
Susulan itu, Clattenburg tidak teragak-agak melayangkan kad kuning terhadap pempengaruh terkenal itu pada minit ke-78.