AKSI antara Liverpool dan Bayer Leverkusen dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) akan menjadi perlawanan ‘reunion’ buat Xabi Alonso.
Bekas pemain The Reds yang kini merupakan ketua jurulatih Bayer Leverkusen mengatakan bahawa dia akan fokus sepenuhnya pada perlawanan itu.
Xabi juga akan mengenepikan emosi nostalgia kembali ke Anfield untuk berhadapan dengan bekas pasukan yang pernah diwakilinya itu.





