SEJAK melebarkan sayap di Malaysia pada 30 Ogos 2023, pasukan gergasi Jerman iaitu VFL Wolfsburg sedang mencari rakan-rakan kongsi dari pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang mampu untuk bersama-sama membina kem-kem untuk pembangunan akar umbi.
Pejabat Wolfsburg yang bertempat di Menara Matrade, Kuala Lumpur bagi mempromosikan program teknikal dan perniagaan ke perniagaan (B2B) berkaitan bola sepak di rantau ini.
Ketua Wakil Wolfsburg Asia Tenggara, Ken Hew Kruse memberitahu, setiap pasukan yang ingin berkolaborasi dengan mereka seharusnya mempunyai visi dan misi yang sama dalam meningkatkan kemajuan bola sepak negara ini.







