Sukan

Wilmar Jordan beri hint ucap selamat tinggal, semoga tak jadi jelmaan Obiozor bila ke Perak

PENANTIAN berbulan-bulan Perak FC demi menunggu kehadiran penyerang import, Wilmar Jordan nampaknya akan berakhir tidak lama lagi apabila pemain berkenaan sudah memberi bayangan bakal meninggalkan kelabnya, Punjab FC.

Khabar angin Jordan ke Perak FC sudah menjadi bualan penyokong sejak beberapa bulan lalu namun sehingga kini, masih belum ada pengesahan rasmi dari The Bos Gaurus (TBG) mengenai kehadiran penyerang kelahiran Colombia berkenaan.

Namun, perkongsian terbaharu penyerang bertubuh sasa itu di laman Insta Story yang seakan-akan mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan semasanya seperti memberi harapan kepada penyokong untuk setia menunggu ketibaannya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh