DESAS-DESUS mengenai masa depan penyerang Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Noor terjawab apabila pengurusan The Bos Gaurus (TBG) bersetuju mengekalkan khidmat bekas pemain kebangsaan itu bagi mengharungi saingan Liga Super musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin berkata, pemain berusia 32 tahun itu dijangka menandatangani kontrak rasmi selewat-lewatnya pertengahan bulan ini, selepas bersetuju dengan syarat ditetapkan oleh pihak pengurusan.
“Kita berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan diberikan oleh Wan Zack Haikal kepada pasukan sepanjang musim ini.