Sukan

[VIDEO] YB Baddrol Bakhtiar minta maaf kepada ‘Mr Photographer’ gara-gara tendangan tersasar

LEGENDA Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Baddrol Bakhtiar memuat naik permohonan maaf menerusi ‘status’ WhatsApp miliknya selepas tendangan yang dilakukannya itu mengenai seorang jurugambar yang berada di tepi gawang gol.

Bekas pemain Kedah dan Sabah FC itu kini menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan Gurun selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah pada Ogos tahun lalu.

Baddrol kini semakin menonjolkan bakatnya sebagai ahli politik selepas dilihat semakin membiasakan diri dengan kerjaya baharunya dengan mula memberikan pengaruh di kawasan yang dimenanginya itu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.