Sukan

[VIDEO] ‘Why not?’, legenda Singapura harap anak ikut jejak sarung jersi JDT

BARU-BARU ini skuad Asia Warriors FC yang dibarisi pemain veteran mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor pada Ahad. 

Asia Warriors mencuri tumpuan apabila membariskan bintang bola sepak Asia termasuk Keisuke Honda yang memimpin pasukan sebagai ketua dan bekas tonggak Singapura, Baihakki Khaizan di posisi pertahanan.

Baihakki antara pemain yang ditunggu menjelang perlawanan itu susulan bek tengah berkenaan pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M) iaitu ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) bermula tahun 2014 sehingga 2015.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.