PEMINAT sukan tempur bakal disajikan pengalaman berbeza apabila UXR Showdown berlangsung di Sukpa, Kuantan, Pahang dengan mengetengahkan konsep karnival selain pertarungan kompetitif.
Acara itu turut menampilkan kolaborasi dengan Pasar Sera, sebuah pasar komuniti popular di Pahang, bagi menarik lebih ramai pengunjung serta mewujudkan suasana mesra keluarga untuk diisi pada hujung minggu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif UXR Showdown, Ahmad Sabri Jaafar, acara itu tercetus selepas perbincangan bersama rakannya ketika sambutan Hari Raya Aidiladha 2024.





