SKUAD kebangsaan hanya mampu berpuas hati dengan keputusan seri apabila bangkit mengikat Kemboja 2-2 dalam aksi pertama Kumpulan A di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh, Kemboja pada Ahad (8 Disember).
Jaringan tandukan terbang Stuart Wilkin tidak mampu membantu Harimau Malaya bawa pulang tiga mata pertama selepas Kemboja berjaya bangkit menghasilkan dua gol semasa separuh masa kedua perlawanan.
Pada minit ke-74, pemain gantian Fergus Tierney berjaya menyamakan kedudukan selepas rembatan jauhnya gagal diselamatkan oleh penjaga gol Kemboja.