MALAYSIA menjadi bumi bertuah buat pemain amatur Thailand yang sedang meningkat naik, Krichanya Kaopattanaskul apabila dinobatkan sebagai juara pusingan Kelayakan Asean Kejuaraan Maybank 2025 pada Rabu di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Kuala Lumpur.
Kejayaan berkenaan semakin diabadikan sebagai memori manis apabila meraih kemenangan pada penampilan sulungnya di Malaysia sekali gus mengesahkan slot ke Maybank Championship 2025, Oktober-November ini.
Kritchanya muncul juara dengan catatan 137 pukulan, tujuh-bawah-par, mengatasi rakan senegara Achiraya Sriwong yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan 139 pukulan, lima-bawah-par.






