Sukan

[VIDEO] Trent kagum ‘free kick’ bintang JDT, terkejut ada sepupu Mac Allister di Perak

BINTANG sensasi Liverpool FC, Trent Alexander-Arnold sememangnya terkenal dengan kebolehan mengambil sepakan percuma meskipun hanya beraksi sebagai pemain pertahanan kanan sepanjang kariernya.

Melihat kepada statistiknya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), tonggak skuad antarabangsa England itu sudah merekodkan enam jaringan daripada situasi bola mati itu.

Meskipun jumlah itu tidaklah begitu memberangsangkan berbanding mereka yang lain, setiap kualiti sepakan percumanya amat memukau dengan penyokong bola sepak antarabangsa pasti bersetuju dengannya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Ini sekali gus menjadikan Trent seorang yang layak memberi pandangan mengenai sepakan percuma dengan Stadium Astro pantas memberikan ruang baginya menilai jaringan daripada situasi tersebut.

Dalam satu video temu bual yang dimuat naik di YouTube, siaran televisyen itu memaparkan lima gol daripada sepakan percuma terhasil dalam saingan Liga Super musim ini.

Jaringan yang dinilai Trent adalah gol daripada Manuel Hidalgo, Safawi Rasid, Juan Muniz, Luciano Guaycochea dan Paulo Jouse dengan kesemua daripadanya dicipta dengan gaya tersendiri.

Namun, daripada kesemua yang disaksikan, pemain berusia 26 tahun itu memilih gol Juan Muniz yang mencetak jaringan tersebut ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC.

Menurutnya, teknik dilakukan bintang skuad Harimau Selatan berkenaan sukar untuk dilakukan kerana jarak antara pemain dengan pintu gol adalah dekat, sekali gus membuatkan pengambil sepakan percuma perlu yakin ketika melakukan tendangan.

2133848

Mac Allister bergambar bersama jersi Perak FC ketika kempen Piala Dunia 2022.

Jadi, sekiranya Trent yang boleh dikatakan pakar dalam situasi bola mati boleh berkata demikian, peminat bola sepak tanah air perlu mengakui sepakan Juan Muniz mempunyai kualiti tersendiri.

Tidak cukup dengan itu, bek kanan Liverpool tersebut juga terkejut dan terkesima apabila penemu bual mengatakan Luciano Guaycochea yang menjaringkan sepakan percuma ketika berdepan PDRM FC adalah sepupu kepada rakan sepasukannya, Alexis Mac Allister.

Hubungan persaudaraan antara kedua-dua pemain tersebut sememangnya diketahui ramai apabila bintang skuad antarabangsa Argentina itu pernah memaparkan jersi Perak FC berserta nama sepupunya ketika saingan Piala Dunia 2022.

Malah, ketika ditemu bual pada Disember lalu, tonggak The Reds tersebut tidak melupakan sepupunya tersebut kerana dengan bangganya mengatakan dia memiliki kenalan yang beraksi di Liga Malaysia.

Ini membuktikan bahawa sukan bola sepak adalah amat rapat dengan susur galur keluarga mereka kerana bapa kepada Mac Allister, Carlos juga beraksi secara profesional buat beberapa kelab di negara Amerika Selatan itu seperti Boca Juniors. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

0%