PERTARUNGAN antara Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo, menentang petarung berpengalaman Amerika-Colombia, Diego Paez dalam aksi ONE Fight Night 32 kekal berlangsung pada Sabtu selepas drama ‘ujian hidrasi’ dari lawannya itu.
Drama tercetus apabila Paez gagal melepasi timbangan dan ujian hidrasi dan dia diminta untuk menyerahkan sampel hidrasi yang lulus sebelum boleh berunding untuk pertarungan catchweight menentang Johan Ghazali.
Perkara berkenaan menyebabkan penggemar sukan muay thai itu mula khuatir jika atlet dari Kuching, Sarawak berkenaan akan terlepas perlawanan itu. Namun, Johan Ghazali tampil berkongsi berita gembira.





