PENYERANG muda Indonesia Bawah 17 tahun (B-17), Mochammad Mierza Firjatullah mencuri tumpuan bukan sahaja kerana menjaringkan gol pertama pasukannya, malah akibat insiden terjatuh ke zon penampan stadium ketika raikan jaringan dalam aksi Piala Kemerdekaan 2025 menentang Tajikistan B-17.
Gol itu terhasil pada minit ke-34 selepas Mochammad Mierza yang tidak dikawal di dalam kotak penalti lawan, menyambut hantaran lintang Fadly Alberto dengan tandukan terus ke gawang Tajikistan B-17.
Selepas melepasi beberapa rintangan, Mochammad Mierza berlari ke arah penyokong di tribun selatan Stadium Sumatera Utara, Deli Serdang pada petang Selasa (12 Ogos 2025) untuk meraikan jaringannya.





