IMPIAN pasukan bola sepak 7 Sebelah (7s) Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak 7’s Asia tidak kesampaian selepas tewas 0-3 di tangan Jepun dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di EV Arena, Elmina, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.
Dalam aksi tersebut, Malaysia dilihat melancarkan serangan demi serangan namun gagal memecahkan kekebalan benteng pertahanan Jepun yang enggan membenarkan pintu gawang mereka ditembusi.
Meskipun menurunkan beberapa pemain berpengalaman tanah air antaranya Indra Putra Mahayuddin, Razman Roslan dan Manaf Mamat namun kekuatan Jepun dalam aksi tersebut sukar dipatahkan oleh skuad Malaysia.






