SEBANYAK 21 negara mengesahkan slot untuk menyertai perlawanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 akan berlangsung di Stadium Titwangsa, Kuala Lumpur pada 18 hingga 26 Mei nanti.
Sudah pasti ramai peminat sukan tersebut tidak sabar untuk menyaksikan pasukan negara berentap dalam kejohanan itu.
Menariknya, perlawanan berprestij itu akan berlangsung di Malaysia dan pastinya tumpuan akan tertumpu kepada pemain tanah air seperti tekong utama, Mohammad Syahir Rosdi, Amirul Zazwan Amir dan Mohamad Azlan Alias.





