Suria7

Sukan

[VIDEO] Tak sia-sia, mentaliti sama seperti Arif Aiman bikin akademi JDT tuai hasil di bumi Sepanyol

KEMPEN pramusim Johor Darul Ta’zim (JDT) di bumi Sepanyol boleh dikatakan berada dalam keadaan cemerlang setakat lima perlawanan apabila Harimau Selatan mencatatkan kemenangan dan hanya merekodkan satu kekalahan.

Kekalahan pertama Harimau Selatan direkodkan ketika skuad kendalian Hector Bidoglio menentang kelab Sepanyol, CD Eldense yang menyaksikan pasukan divisyen kedua itu meraih kemenangan 2-0 menerusi ledakan Joel Jolquera dan Marco Doue pada Khamis.

Perlawanan sebelumnya, juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut berkenaan berjaya menundukkan cabaran CD Alcoyano dengan keputusan tipis 2-1 hasil ledakan Ramadhan Saifullah dan juga perancang, Nazmi Faiz Mansor.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%