JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) memulakan langkah awal apabila sudahpun mengumumkan kemasukan lima pemain import baharu bagi mengharungi kejohanan Asia dan pusingan kedua Liga Super.
Antara pemain yang dibawa masuk Harimau Selatan ialah Enzo Lombardo, Christian Abad, Park Jun-heong, Eddy Israfilov dan terbaharu Iker Undabarrena.
Dalam lima pemain import dibawa masuk JDT, dua daripada mereka mempunyai sejarah tersendiri dan pernah bertembung sesama sendiri sebelum bersama di kem Harimau Selatan.





