BEK kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari memilih penyerang import sensasi Harimau Selatan iaitu Bergson Da Silva sebagai pemain paling mempunyai banyak kelebihan dalam pasukan gergasi itu.
Menerusi video perkongsian segmen Ultimate Footballer bersama Syahmi, pertahanan kental itu berpendapat Bergson merupakan pemain yang mahir dengan kaki kanan dan mempunyai skil dalam kalangan mereka.
Kekuatan kaki kanan dan digabungkan dengan skil yang dimiliki oleh penyerang kelahiran Brazil itu membantu peledak JDT itu mudah menembusi pertahanan lawan sehingga mencetakkan banyak gol buat Harimau Selatan.