Sukan

[VIDEO] Sumali berang sikap acuh tak acuh Thailand menjelang kempen Piala Asia Takraw

PENGERUSI Jawatankuasa Induk Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025, Datuk Mohd Sumali Reduan berang dan kecewa dengan sikap acuh tak acuh Thailand yang gagal menepati tempoh masa ditetapkan bagi penyertaan Piala Asia.

Menurut laporan Stadium Astro, beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menegaskan tiada negara berhak diberi layanan istimewa dan jangan sesekali jadikan sepak takraw sebagai sukan bertaraf kampung.

“Mereka berdiam diri sehinggalah penutup. Persoalannya, siapa Thailand sementara kenapa 15, 16 negara peserta lain boleh respons? Tidak mungkin mereka satu negara yang diberi keistimewaan, mana boleh begitu,” katanya seperti mana dikongsikan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%