MENJELANG perlawanan menentang Kelantan Darul Naim (KDN) pada Sabtu aksi Piala FA 2024, penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) menarik nafas lega selepas kelibat tonggak Harimau Selatan, Arif Aiman Hanapi muncul dalam sesi latihan pasukan tersebut.
Difahamkan, Arif Aiman mengalami kecederaan yang menyebabkan dia terpaksa berehat seketika selama dua perlawanan Harimau Malaya sebelum ini dan kini dilihat kembali beraksi untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan yang berpangkalan di Selatan itu.
Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di laman rasmi Instagram, Officialjohor yang pastinya meletak harapan tinggi untuk Arif Aiman kembali memperkuatkan pasukan pada perlawanan pertama Piala FA.