SAINGAN Champions Cup 2025 melabuhkan tirainya pada Ahad dengan menyaksikan Negeri Sembilan (NS) Antlers muncul juara, sekali gus mencatat hatrik menjuarai kejohanan itu tiga kali berturut-turut.
Pertandingan berprestij yang menghimpunkan 10 pasukan, termasuk lima kelab jemputan antarabangsa, mendapat sambutan hangat apabila ratusan penonton membanjiri Stadium Karisma, Negeri Sembilan pada setiap perlawanan.
Kemeriahan itu membuktikan bahawa sukan sepak takraw masih mempunyai tempat istimewa di hati peminat, selain menegaskan kejohanan ini terus menjadi tumpuan selepas penutup Liga Sepak Takraw (STL) hujung Ogos lalu.





