MENJARINGKAN gol menghadirkan satu kepuasan buat mana-mana pemain. Tidak kira sama ada ia adalah rembatan jarak jauh, tandukan bebas mahu pun sekadar tolakan mudah ke pintu gol, ia pasti memuaskan.
Kepuasan akan jelas terpancar apabila satu-satu pemain menghasilkan gol daripada sepakan percuma. Kepuasan menewaskan benteng pertahanan serta penjaga gol dari jarak jauh begitu mengujakan.
Lebih-lebih lagi sekiranya ia dihasilkan dengan teknik knuckle-ball. Ia adalah sejenis teknik di mana bola akan ‘terbang’ ke arah pintu gol dengan lencongan yang agak janggal sebelum mendarat betul-betul di depan gol.





