PENGENDALI Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dilihat tidak berpuas hati dengan persembahan pengadil ketika skuadnya tumbang 0-5 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Khamis.
Dalam aksi Liga Super yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, pengadil perlawanan Razlan Joffri Ali dilihat memberikan keputusan yang lebih memihak tuan rumah.
Ia dapat disaksikan apabila Razlan memberikan dua sepakan penalti kepada JDT yang disempurnakan oleh Bergson da Silva serta Arif Aiman.





