Sukan

[VIDEO] ‘Selagi tak mati, selagi tidak patah tangan, selagi itu akan berjuang’, Azlan Alias tak sanggup lihat kawan sakit

SEMANGAT juang perejam utama negara, Mohamad Azlan Alias yang mengabaikan kecederaannya demi lencana di dada menjadi satu perkara paling diingati penyokong tanah air walaupun tewas 0-2 di tangan Thailand pada Ahad.

Tangan Azlan Alias terseliuh ketika melakukan pendaratan pada kedudukan 6-9 pada set pertama untuk regu pertama Malaysia dalam aksi final acara regu berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 (Astaf) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Meskipun tangan sudah terlalu sakit, apit kanan negara itu masih mahu meneruskan perjuangan kerana tidak mahu membiarkan rakan sepasukan berjuang sendirian bagi memberi tentangan kepada negara Gajah Perang berkenaan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh