FILEM ‘Ipar Adalah Maut’ hasil karya negara jiran, Indonesia menjadi fenomena di Malaysia selepas orang ramai memberikan reaksi positif mengenai cerita yang diadaptasikan daripada kisah benar itu.
Judul ini memberi gambaran bahawa jalan cerita berkisar tentang konflik atau hubungan yang rumit antara watak-watak yang memiliki hubungan sebagai ipar.
Karya dari Hanung Bramantyo itu menceritakan hubungan terlarang yang berlaku antara adik ipar dan suami kakaknya sehingga berlakunya keretakan rumah tangga ahli keluarga sendiri.