PERTEMBUNGAN antara legenda tinju antarabangsa, Mike Tyson dan pempengaruh terkenal Amerika Syarikat, Jake Paul terus dinanti-nantikan peminat sukan tempur dari seluruh dunia.
Masakan tidak, perbezaan status kedua-dua mereka menimbulkan nilai tersendiri dengan Tyson dahulunya merupakan juara tinju buat bertahun-tahun lamanya sementara lawannya itu baru sahaja menceburi dunia berkenaan.
Namun, kebolehannya sukar disangkal kerana sejak mencipta debut pada 2018, pempengaruh YouTube itu sudah merekodkan 10 kemenangan dan hanya satu kekalahan.






