PEMAIN naturalisasi negara, Romel Morales beranggapan bahawa jaringan penyamaan yang diledak olehnya pada minit-minit akhir menentang Korea Selatan dalam saingan Piala Asia 2023 bagaikan mimpi.
Ia juga merupakan gol pertamanya dalam Malaysia selepas tiga caps dan dia hanya memerlukan lima minit untuk menjaringkan gol penyamaan selepas masuk pada masa kecederaan minit ke-90.
Penyerang berusia 26 tahun itu dikritik hebat dalam dua perlawanan sebelum ini tetapi semua itu dilupakan apabila dia membantu Malaysia mencatat sejarah seri 3-3 menentang pasukan gergasi, Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E di Stadium Al-Janoub di Doha pada Khamis.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





