Sukan

[VIDEO] ‘Saya gembira harumkan nama Malaysia’, Miki Ghazali tumbangkan lawan lebih tua 16 tahun

BINTANG tinju muda tanah air, Mikail Ghazali atau lebih mesra disapa Miki melakar sejarah baharu apabila berjaya menumbangkan petinju Indonesia berusia 32 tahun, Mikel Sleman pada Sabtu. 

Dalam aksi kategori flyweight Twins Championship 102 di Stadium N9 Arena dekat Nilai, Negeri Sembilan, Miki yang berusia 16 tahun pada mulanya kelihatan bergelut menentang Mikel yang jauh lebih berpengalaman darinya. 

Namun, Miki mula menunjukkan ketenangan pada pusingan ketiga apabila berjaya membaca strategi lawan sebelum membalas dengan pukulan balas yang menggegarkan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh