PEMAIN besbol Jepun, Shohei Otani pernah mencuri tumpuan dunia sukan apabila pernah memukul bola sehingga menembusi bumbung Tokyo Dome semasa pertandingan menentang Belanda dalam Siri Global anjuran Konfederasi Besbol Sofbal Dunia (WBSC) pada 2016.
Semasa perlawanan menentang Eropah kira-kira lapan tahun lalu itu, Otani yang diberikan kepercayaan menggalas posisi pemukul (batter) membuat kejutan memukul bola sehingga ke siling arena perlawanan.
Berdasarkan laporan media ketika itu, sekiranya Tokyo Dome tidak mempunyai bumbung, pukulan Ohtani mampu mencecah lebih daripada 160 meter (525 kaki) jauhnya.
Never forget the time Ohtani hit a ball through the Tokyo dome pic.twitter.com/sxZBTXmsJy





