SATU insiden mengerikan berlaku dalam aksi pusingan 16 Piala Azerbaijan antara Sabah FK dan Turan FC yang menyaksikan seorang pemain patah kaki dan perlu menjalani pembedahan segera.
Denus Marandici yang merupakan bek Turan Tovuz mengalami kecederaan itu selepas dia cuba menghalang percubaan pihak lawan yang melakukan percubaan pada minit ke-20 permainan.
Tindakan berani itu bagaimanapun memakan diri apabila kaki pemain berusia 28 tahun tersebut patah setelah gagal mengelak daripada rembatan kencang berkenaan dengan dia terpaksa dikejar ke hospital menggunakan ambulans disediakan di stadium tersebut.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





