BEK tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat tiba ke saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 2022 dengan sambutan hangat dari penyokong tanah air khususnya peminat Harimau Selatan yang sememangnya menunggu pemain berkenaan.
Sambutan penuh keterujaan dan kegembiraan dari penyokong itu hadir berikutan reputasi Jordi sebagai seorang pemain yang mempunyai pengalaman beraksi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Swansea City.
Tonggak pertahanan skuad kebangsaan Indonesia berkenaan pernah menyertai Swansea City pada 2014 hingga 2017 dan rekodnya membantu kelab itu memalukan pasukan gergasi, Manchester United di khalayak ramai.