JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan reputasi mereka sebagai kelab bola sepak terbaik tanah air apabila tiada masalah untuk membelasah Selangor FC dengan jurang besar 6-1 dalam pentas final Piala FA pada Sabtu.
Pada aksi final yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur itu menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan menerusi hatrik Juan Muniz dan tiga lagi gol masing-masing dicetak oleh Arif Aiman Hanapi, Bergson serta Heberty.
Manakala, Selangor FC yang dijangka akan memberi saingan sengit kepada juara bertahan Piala FA itu sekadar membawa pulang gol sagu hati hasil penyudah pemain import, Alvin Fortes pada minit ke-59.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





