AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hanya memerlukan 12 jam, 22 minit dan 18 saat untuk menamatkan larian Ironman Malaysia yang berlangsung di Langkawi.
Catatan masa itu sekali gus menyaksikan berjaya mengatasi rekod ditetapkan jenama fesyen tempatan, PrimaValet yang menjanjikan sumbangan bernilai RM1 juta sekiranya tempoh diambil untuk menamatkan triathlon itu di bawah 13 jam.
“Saya datang sini dengan satu sasaran, iaitu untuk memastikan sumbangan mencecah RM1 juta untuk penduduk Muar. Alhamdulillah, kini mereka perlu mengotakan janji,” katanya.





