PEMAIN naturalisasi Harimau Malaya, Richard Chin, akhirnya mendedahkan rahsia peribadinya apabila mengesahkan sudah bergelar Muslim sejak November tahun lalu.
Bekas pemain kelahiran England itu mengakui detik melafazkan syahadah menjadi momen paling bermakna dalam hidupnya sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia.
Tambah Richard lagi, Malaysia adalah tempat paling tepat buat dirinya kerana menerima sokongan luar biasa daripada peminat tempatan.





