TONGGAK tengah Malaysia, Stuart Wilkin membuktikan dia seorang pemain versatil apabila tampil menjalankan tugasnya sebagai bek sayap kanan dengan sangat baik ketika membantu Harimau Malaya memang 2-1 kepada Singapura pada Khamis.
Dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur berkenaan menyaksikan skuad bimbingan Peter Cklamovski meneruskan momentum kemenangan hasil jaringan Stuart pada minit ke-27 dan Joao Figueredo yang gol pada separuh masa kedua.
Manakala, pasukan pelawat pula sekadar membawa pulang gol saguhati pada minit ke-71 apabila penyerang gantian, Ilhan Fandi yang menggantikan abangnya Ikhsan pada minit ke-70, menerima hantaran tandukan daripada pemain tengah Kyoga Nakamura.





