BENTENG pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus diperkukuhkan dengan kehadiran penjaga gol baharu, Andoni Zubiaurre yang beraksi di beberapa kelab Sepanyol sepanjang kariernya.
Salah satu daripada pasukan berkenaan ialah pasukan simpanan Real Sociedad yang beraksi dalam divisyen kedua di negara itu dengan 21 penampilan direkodkan.
Selepas itu, pemain berusia 27 tahun tersebut menyertai CD Eldense dan CD Mirandes dengan perpindahan tersebut menaikkan lagi namanya serta kebolehannya dalam gawang sendiri.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Tidak cukup dengan itu, kekasaran tersebut menyaksikan penjaga gol Sepanyol terbabit mengalami kecederaan siku yang juga menghalangnya daripada beraksi dalam lapan perlawanan.
Beberapa bulan selepas itu, Zubiaurre sekali lagi berdepan tindakan sama ketika Real Sociedad B berdepan AD Alcorcon apabila dia sekali lagi melakukan kesilapan sama.
Kedua-dua kesalahan berkenaan sudah pasti diharapkan tidak dapat berulang dalam aksi bersama skuad Harimau Selatan kerana penjaga gol tersebut pasti diturunkan dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite 2024/25.
Meskipun sudah memiliki Abad dan Syihan Hazmi dalam posisi sama, persaingan sihat pasti membawa keuntungan buat kelab kerana masing-masing mahu membuktikan kebolehan sebagai pertahanan terakhir pasukan.
Namun, persoalannya, adakah ketiga-tiga pemain itu dapat berpuas hati untuk terus berada di bangku simpanan sedangkan terdapat tawaran daripada kelab lain yang berminat dengan kebolehan masing-masing. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram






