RAMAI sebak melihat kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam yang dibuat selepas syarikat pemaju mendapat permit kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Menerusi hantaran di laman Facebook, Milo Suam memuat naik rakaman proses merobohkan Stadium Shah Alam yang giat dijalankan.
Itu sekali gus menandakan bermulanya kerja-kerja membangunkan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang bakal memiliki pelbagai kemudahan termasuk sebuah hotel.





