SKUAD kebangsaan dijangka mudah menewaskan pasukan pelawat, Timor Leste dalam aksi kedua Kumpulan A Piala Asean di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), pada Rabu (11 Disember).
Sebelum ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente hampir tewas dalam aksi pertama sebelum bangkit mengikat Kemboja 2-2 di Phnom Penh, Ahad (8 Disember) lalu.
Kedudukan ranking Timor Leste nyata lebih rendah daripada Kemboja dengan berada di tangga ke-196 dunia berbanding Malaysia yang jauh lebih tinggi daripada kedua-dua pasukan itu apabila Harimau Malaya menghuni posisi ke-132 dunia.