TAHAP keyakinan seorang pemain muda di Thailand meraih perhatian penyokong bola sepak global apabila tindakannya yang meraikan kejayaan terlalu awal menjadi bahan jenaka.
Menerusi satu video tular di media sosial, remaja lelaki itu dilihat terus memandang kamera untuk meraikan percubaannya namun hakikatnya ia tidak menembusi gawang lawan.
Bola berkenaan tidak berhasil masuk ke dalam gawang apabila seorang pemain pertahanan lawan dengan berani menepis percubaan rembatan penyerang muda itu dari garisan.





