PENGGEMAR siri The Queen’s Gambit di platform penstriman Netflix pasti masih mengingati lakonan mantap aktres Anya Taylor-Joy sebagai Beth Harmon, seorang prodigi catur dari Amerika Syarikat.
Drama tujuh episod yang diadaptasi daripada novel karya Walter Tevis itu memukau penonton dengan kisah tentang kehebatan dan kecerdikan Beth yang mampu menewaskan pemain catur bertaraf dunia meskipun usianya masih muda.
Namun, siapa sangka dalam dunia nyata menyaksikan Malaysia juga memiliki prodigi catur tersendiri yang mula menempah nama di pentas antarabangsa, bukan versi Queen’s Gambit, tetapi versi ‘Prince Gambit’.






