KETIKA ini, jentera serangan Selangor FC masih memuaskan hati apabila pasukan Lembah Klang berkenaan sudah meledak 21 gol dalam 11 perlawanan, dengan hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki rekod lebih baik.
Jumlah itu dapat dicatat memandangkan skuad Gergasi Merah memiliki lambakan pemain serangan berkualiti, terutamanya Ronnie Fernandez yang sudah mencatat lapan gol dalam saingan berkenaan.
Catatan berkenaan juga menyaksikan pasukan Lembah Klang itu berada dalam landasan terbaik untuk layak ke pentas Asia buat tahun kedua berturut-turut dengan jurang besar disaksikan berbanding Terengganu FC di tangga ketiga.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Tindakan itu dipercayai diambil memandangkan pasukannya ketinggalan empat gol sebelum wisel separuh masa pertama ditiup dengan dia gagal mengawal emosi di laman sendiri.
Meskipun tidak mendatangkan sebarang kecederaan serius, kelakuannya itu sudah cukup untuk memaksa pengadil melayangkan kad merah ketika Diaz masih terbaring menahan kesakitan.
Selepas itu, Jordan tidak lagi terlibat dalam insiden sedemikian berikutan penggantungan tiga perlawanan dialaminya dengan dia berjaya mengembalikan rentak cemerlang dalam Liga Super India.
Jika prestasi tersebut diteruskan, dia pasti akan terus berada dalam radar Selangor FC yang akan terus bercita-cita memperkukuhkan pasukan bagi bersaing di peringkat domestik mahupun Asia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram






