SEORANG pengadil cedera dipukul tiga lelaki tidak dikenali dalam satu aksi bola sepak yang diadilinya membabitkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan Majlis Daerah Setiu di Padang Pertanian Lekir, Sitiawan, Perak pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang berusia 27 tahun dan merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mengalami kecederaan di pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.
“Semasa pengumuman keputusan perlawanan dibuat oleh mangsa, pihak Majlis Daerah Setiu tidak berpuas hati menyebabkan tiga suspek telah datang menyerang mangsa di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan.