KEJOHANAN Twins Championship bakal menggegarkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 15 Jun dengan aksi penuh mendebarkan sempena Hari Belia Negara 2025.
Sebanyak 20 pertarungan melibatkan kategori lelaki dan wanita akan berlangsung dalam acara ini, yang turut dimeriahkan oleh kehadiran barisan pempengaruh dan artis popular tanah air, menjadikan suasana lebih meriah dan mencuri perhatian peminat sukan tempur.
Antara pertembungan yang paling dinanti-nantikan ialah pertarungan antara Danial Mirza atau lebih dikenali sebagai DMA Islam, menentang Awie MBR, turut dikenali sebagai Abang Koroy.





