PUKULAN ‘hole-in-one’ dalam golf merupakan sesuatu yang sukar untuk dilakukan kerana pemain berstatus legenda dalam sukan tersebut juga berdepan kesukaran dalam mencatatkannya sepanjang karier masing-masing.
Jadi, tidak hairanlah apabila terdapat pelbagai cabaran diadakan di media sosial untuk mana-mana pemain berminat untuk melakukan pukulan berkenaan demi ganjaran berbaloi.
Baru-baru ini, seorang pemain golf profesional dari Amerika Syarikat, Bryson DeChambeau tampil mengadakan cabaran dengan tawaran hadiah bernilai $100,000 (RM450,000) sekiranya pukulan ‘hole-in-one’ dibuat dengan syarat bola perlu melepasi kediamannya.