PRESTASI skuad kebangsaan Indonesia di dalam aksi Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 wajar mendapat pujian daripada seluruh penyokong di Asia Tenggara selepas negara itu mencipta kejutan menumbangkan Arab Saudi 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno, pada Selasa.
Dalam aksi tersebut, Arab Saudi yang berada di ranking ke-59 dunia menguasai keseluruhan perlawanan namun terpaksa akur dengan ketajaman serangan Indonesia yang memanfaatkan peluang jaringan.
Dua gol tuan rumah dijaringkan oleh Marselino Ferdinand pada minit ke-32 dan ke-57 untuk kemenangan bergaya skuad kendalian Shin Tae-yong itu.





