PENCIPTA kandungan dan pemain bola sepak amatur, Aqil Farhan tidak berdalih menyatakan impiannya untuk menyarung jersi pasukan negeri kelahirannya, Selangor FC satu hari nanti sekiranya dapat bermain secara profesional.
Aqil yang baru menjangkau usia 22 tahun mula dikenali orang ramai apabila sering berkongsi rutin latihannya bermain bola sepak di platform TikTok dengan ia juga merupakan usaha untuk memperbaiki kualitinya.
Pada awalnya, tidak dinafikan Aqil sering menerima kecaman di media sosial gara-gara memuat naik rutin latihan bola sepak namun penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Johor itu menganggap ia sebagai asam garam perjuangan.





